Minggu ini adalah minggu preview pra cipta,di mana semua pelajar hendaklah membentangkan hasil kerja yang telah dibuat.Minggu ini juga,mockup awal telah di bentangkan kepada semua pensyarah industrial design.Dalam pembentangan tersebut kesemua pensyarah telah memberi pendapat masing-masing mengenai produk yang dibuat oleh pelajar.Oleh itu,banyak input dan idea yang telah diperolehi daripada komen-komen dari pensyarah lain.
FYP(Compact Market shopping Cart)
Selasa, 1 Disember 2015
Rabu, 25 November 2015
Week 10
Setelah mendapat final design,mockup awal terus di buat bagi menunjukkan struktur produk tersebut
.Selain itu, bagi memudahkan lagi proses membuat mockup,lukisan 3D turut disertakan,lukisan 3D ini bagi membantu untuk melihat propotion sebenar produk yang direka.
Rabu, 18 November 2015
WEEK 9
Pada minggu 9,merupakan perbincangan dengan supervisor.minggu ini adalah untuk melihat sketch
berkenaan dengan produk yang ingin dikaji.SSelain itu juga, supevisor juga menekankan agar setiap pelajar membuat propotion dengan betul dan disertakan dengan gambar manusia seolah-olah sedang menggunakan produk tersebut.Ini antara idea yang telah diolah dalam minggu tersebut.
Rabu, 28 Oktober 2015
WEEK 8
Lukisan 3D(rhino)
Lukisan 3D yang menggunakan softwere Rhinoceros5 dibuat setelah mendapat lakaran yang dipilih dan dalam lukisan 3D ini,ia dapat membantu untuk mendapatkan bentuk sebenar sesebuat produk.
Lakaran Awal
Membuat lakaran awal bagi produk ini iaitu troli untuk kegunaan di pasar tani.
Membuat kajian tentang reka bentuk yang sesuai dan dapat memberikan kemudahan kepada pengguna.Selain itu, membuat lakaran berkenaan kaedah yang sesuai untuk produk ini agar mudah diletakkan di dalam kenderaan setelah selesai membeli barang yang diperlukan.
Membuat kajian tentang reka bentuk yang sesuai dan dapat memberikan kemudahan kepada pengguna.Selain itu, membuat lakaran berkenaan kaedah yang sesuai untuk produk ini agar mudah diletakkan di dalam kenderaan setelah selesai membeli barang yang diperlukan.
KAJIAN TERHADAP PRODUK SEDIA ADA
Ini adalah sedikit sebanayak kajian yang telah dilakukan berkaitan dengan peroduk yang sedia ada.
tujuan utama adalah untuk mengenal pasti kelemahan yang terdapat dalam produk yang sedia ada di pasaran.Ini dapat membantu untuk membuat satu design yang lebih mesra pengguna berbanding dengan produk yang telah ada.
Ahad, 18 Oktober 2015
RekaBentuk Troli untuk Pengguna di Pasar
.
Latar Belakang Kajian
Semakin hari Penduduk semakin meningkat di seluruh
pelusuk dunia termasuklah di negara
Malaysia. Pertambahan jumlah penduduk dengan kadar yang banyak akan
menyebabkan pertambahan jumlah setiap isi rumah . Secara tidak langsung
menyebabkan pertambahan jumlah kenderaan bagi setiap individu.Pertambahan
jumlah kenderaan ini terutamanya dikwasan Bandar boleh mendatangkan kesesakan
lalu lintas di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan orang remain seperti pasar
raya,pasar malam dan sebagainya.Selain itu , pertambahan jumlah kenderaan jugan
,menyebabkan berlakunya kekurangan tempat letak kereta di dalam kawasan Bandar
. Hal ini menyebabkan pengguna terpaksa meletakkan kenderaan mereka jauh
daripada pusat membeli .
Selain itu, pertambahan jumlah kenderaan juga
membawa kesan kepada pasar iaitu berlakunya kesesakan ketika hendak
membeli barangan keperluan isi rumah.Hal
ini menyebabkan , pengguna terpaksa bersesak-sesak ketika berada didalam pasar
untuk membeli barang.Ditambah pula kekurangan tempat letak kereta dikawasan
berhampiran pasar menyebabkan pengguna terpaksa berulang-alik dari pasar ke
tampat letak kereta yang berada jauh dari pasar tersebut.Selain itu, ia boleh
menyebabkan lenguh dan terasa sakit pada tangan pengguna sekiranya mengangkat
barang yang berat berkali-kali.
Oleh yang demikian,mengikut kajian yang telah
dibuat oleh Francisco E.Ortage dan
Walter Rodriguez (2009), bertajuk
Protable shopping cart . Satu rekaan troli untuk kegunaan di pasar sayur
mahupun pasar malam hendaklah direka bagi memudahkan lagi pengguna untuk
membeli barang dengan mudah tampa berulang-alik walaupun kenderaan mereka
berada jauh dari pasar .Terutamanya bagi
golongan ibu bapa yang telah berusia
Langgan:
Catatan (Atom)